Shallom, hari ini hati saya tergerak mahu menulis mengenai persahabatan.
Apakah itu persahabatan? Adakah ia sama dengan perkataan kawan? teman ?
Oh..saya rasa tidak sama. Bak kata pepatah "Lembu punya susu, sapi punya nama". Tetapi saya bukan nak sebut pasal lembu dan sapi yang berkaitan dengan susu. Lembu dan sapi adalah binatang yang sama, cuma lembu adalah nama bakunya dan sapi nama sebutan kampung (kalilah....) Sebab kalau kita pergi ke kampung-kampung, biasanya orang akan kata "Eh, mana daging sapi tadi ho?" takda plak orang kata "Eh, mana daging lembu tadi ho?" Ada kali...tapi sangat jarang.
Sesiapa yang bersetuju dengan pendapat saya??? Sila angkat tangan. 1,2,3,5,10,20....oh....majoriti out of 25 orang!! Terima kasih kepada semua yang sudi angkat tangan.
O.k. Kita sambung balik hal mengenai persahabatan tadi.
Semua kita pasti punya sahabat? Siapa yang tak punya sahabat? Sila angkat tangan? (Kerja kita hari ini ialah angkat tangan saja...untuk hilangkan ngantuk..ahahahaaa!!)
Kalau bukan sahabat, kita ada kawan, kita ada teman. Apa bezanya 3 perkataan ini?
Papa pemahaman saya, dan pendapat saya sendiri, melalui pengalaman hidup saya yang dah suku abad ini:-
SAHABAT adalah orang yang paling 'dekat' dengan kita. Dekat di hati. Walau jauh di mata, jauh susah/jarang jumpa, tapi sentiasa di hati. Dia adalah orang terdekat untuk kita bercerita "segala hal". Bila kita rasa sedih, kita cari dia. Bila kita rasa gembira, kita cari dia juga. Kita boleh minta dia tolong kita dalam semua hal, bila-bila masa, di mana sahaja. Tidak kira jam berapa, tak kira tempatnya dimana...untuk sahabat ini, kita sentiasa ada masa,ada ruang dan tempat untuk dia.
Apabila kita bercerita dengannya, dan dia bercerita dengan kita, dia ada masalah, kita pun ada masalah,...kita akan sudi mendengar segala luahan hatinya...walau tanpa kita bicara satu ayat sekalipun. Tapi nun jauh di sudut hati sana berkata "aduh.....aku faham apa yang kau rasa. Aku sudi menghadapinya bersama kalau aku mampu...tapi ini sahaja yang mampu aku buat".
Todah........
Inilah sahabat kita di dunia ini.. tidak kira perempuan mahupun lelaki...
Kawan/teman adalah orang-orang yang rapat dan dekat dengan kita. Tapi, kawan/teman ini tidak dapat bersama kita dalam segala hal. Dia hanya ada masa, ruang dan tempat pada masa-masa tertentu sahaja. Kalau mood dia takda, dia malas nak jumpa, malas nak keluar. Dia bukan orang "terdekat" dengan kita.
Kita perlu mencari sekurang-kurangnya seorang SAHABAT dalam hidup kita.
Baik kita yang single, mahupun sudah kawin. Kita tetap perlukan sekurang-kurangnya seorang SAHABAT dalam hidup kita.
Bagaimana kita mahu mencari SAHABAT itu? Bagaimana aku boleh tahu siapa yang boleh jadi SAHABAT aku? Di manakah dia?
HA!!! Bagaimana???
Siapa dapat jawab?? Anyone? Anyone?..... No one.....
Ok..Let me answer my own questions :-)
Pertama, buka mata. Kedua, buka hati. Ketiga, buka fikiran.
Bagi peluang kepada orang untuk mengenal kita. Bagi peluang kepada diri kita untuk mengenal orang juga. Kita terlebih dahulu harus 'bersedia' menjadi sahabat kepada seseorang..
Satu lagi, seorang yang akan menjadi SAHABAT kita itu, kita akan dapat merasakan sesuatu yang sama, Instinct yang sama dalam kebanyakan hal.
Namun, walau bagaimana banyak, walaubagaimana hebatnya sahabat kita, pastinya tidak dapat melawan "SAHABAT" kita yang satu itu .....
Sahabat itu sentiasa ada dengan kita. Bukan di tepi kita, di sisi kita, atau berjalan dengan kita tapi sentiasa bersama kita...dengan dia kita tidak pernah ada rahsia?
Siapa tahu? Ada sesiapa boleh jawab?? Hadiah lumayan menanti sesiapa yang paling cepat menjawab!!!
O.k. saya akan menyambung penulisan ini lagi..di hari yang lain..tidak pasti adakah sewaktu dengannya atau tidak....tunggu...jangan ke mana-mana. Iklan sekejap.
Salam sayang. Selamat Hujung Minggu.
"Tetap di dalam-Nya" - Liwan
3 comments:
I thought tis is Norris post, rupa-rupanya Pn Liwan.. Hmm.. sahabat sejati adalah tidak lain dan tidak bukan ialah Yesus Kristus!
Sentiasa bersama kita dan membimbing...dan percaya kepadanya..
Bagus. Sama sama diorang ni updatekan blog ini.
Post a Comment