Salam sejahtera rakan-rakan. Selamat bercuti di hujung minggu. Sahabatku Norris dah agak lama juga tak update blog ni sebab aku pakai modem..so, dia kena berkorbanlah..ahahaha...biasalah, sahabat yang setia sanggup berkorban untuk sahabatnya. Dia biasanya memang sibuk sangat kalau di hujung minggu begini..biasa ler...dia...cari makan katanya.ahahahaha!! kelang kelut,keluar masuk rumah...dia mmg biasa begitu.
Pagi ni saya nak sambung balik coretan mengenai "Sahabat Yang Setia" yang pernah saya postkan setahun yang lalu bertarikh 2 Julai 2009. Jika ada rakan-rakan yang pernah baca, mungkin masih ingat yang di bawah sekali saya kata saya akan sambung balik coretan ni. Maka,kini dah setahun lebih berlalu. Anak kami, Cherish kasih pun tak lama lagi menjejak usia 10 bulan.. masa saya menulis coretan Sahabat Yang Setia Part I itu pun masa saya tengah mengandungkan Kasih, baru beberapa minggu rasanya...ataupun maybe masih taktau lagi yang saya tengah bawa Kasih..(kenangan indah cahayamata pertama .. :-)
Semasa single dulu, saya ada beberapa orang kawan yang sangat rapat, rapat, kawan biasa, dan kawan saja.Kita semua pasti ada kategori-kategori kawan juga kan... Sangat rapat, kita trust dia. kawan yang kita boleh share masalah, kalau kita ada masalah kita datang padanya dan dia pun sentiasa terbuka hati, tangan, masa dan tenaga untuk membantu apa yang mampu. Kawan Rapat pula, kawan yang boleh dibawa berbual, jalan2,cerita2...tapi mungkin tidak dapat "diletakkan hati". Maksudnya, kita tak dapat minta tolong bila kita susah. Kawan biasa, biasa saja....kalau jumpa cerita, yang gembira2 saja....kadang2 yang sedih tak dapat. Kawan saja...ada gak kategori kawan yang hanya boleh dibuat kawan saja. Nak rapat sangat tak berani. Macam ada halangan lah...jenis kawan saja ni, kita boleh berkawan tapi kalau nak share apa2, "be careful" kerana kawan jenis "kawan saja" ni bisa mencucuk kita.Jadi, kena berhati-hati kalau nak share something.
So, saya dan saudara/saudari jenis kawan yang mana satu? ?? Tepuk dada, tanya hati, sendiri saja yang tau.
Sesudah kahwin, kawan yang masa single dulu, saya masih rapat. Saya tak rasa ada jurang yang boleh memisahkan persahabatan. Tidak ada apa yang berubah. Cuma masa dan keadaan yang kadang2 membataskan masa untuk bersama, berbual dan sebagainya. Tetapi tetap masih sama. Kerana kita perlu kawan dalam hidup. Kalau kita single, kita ada family, kita ada kawan, ada boyfriend/girlfren dan sebagainya. Kalau kita dah kawin, ada suami, anak...mertua, adik beradik ipar, malah biras dan saudara-maranya. Kini, kehidupan kita menjadi semakin besar...lingkungan kehidupan kita menjadi semakin luas.
Suami, anak, mertua, ipar, biras..juga adalah sahabat dan kawan kita kerana kini mereka adalah keluarga kita. Bukan immediate familylah tapi family di sebelah pasangan hidup kita. Dan sahabat yang terdekat dengan kita, yang sanggup buat apa saja, orang yang kita cinta, yang kita sayang...dia pun cinta sayang kita...akan bersama kita dalam susah dan senang...adalah pasangan hidup kitadi dunia ini iaitu suami/isteri kita...DAN SAHABAT yang PALING DEKAT mestilah YANG MAHAKUASA. Tiada siapa yang dapat menandingi persahabatan kita dengan-Nya, even our spouse.
Apabila kita menjadi kawan kepada seseorang, kawan kepada kawan kite ke, family kite ke, adik beradik kite ke....kita harus menjadi kawan yang setia..kawan yang tidak mencucuk atau merosakkan sesama sendiri. Menjadi sahabat yang terbaik..kalau jadi hanya "kawan saja.." pun sikpa..tapi maybe boleh tambah kategorinya... kategorinya maybe "Kawan biasa je..tp boleh percaya".
Disember 2010, bulan terakhir dalam tahun 2010, beberapa hari lagi kita akan memulakan hidup baru di tahun 2011. Yang beragama Kristian akan menyambut hari Krismas, dan seluruh dunia akan menyambut "New Year 2011" Pasti ada yang dah ada azam tahun baru dan ada yang tak tau nak azam apa...eheheeheh..itu masing-masing punya pendirian lah.. kita tak boleh nak kata,, haiya...apahal kau ni takda azam, takda pendirian ke?,,,,itu masing2 punya hal peribadi. Kalau ada azam,bagus. Kalau takda azam pun, sikpa. Masing2 kan..
So, semoga di akhir bulan yang ke 2010 ni, kita akan buat yang terbaik. Buat yang baik2lah, jangan plak yang sik bagus...ahahahaha...
Ok.. jumpa lagi. Happy Weekend, Happy Holiday to those on Holiday...Happy Family Day to those yang pi bawa family jalan-jalan.. Semoga bahagia semuanya.
Salam....
posted by Liwan (Isteri Norris) ehehehe.. no photos attached bloggers..
2 comments:
Selamat.. selamat bercuti semua hehehe... Ni gambar kali tuk sekda pok?
Selamat bercuti... Semoga cuti kali tok memberi 1001 makna buat semua...
Post a Comment